Tangerin & Nikotin

Mimi Morticia menghabiskan setengah dari hayatnya mencari kepunyaannya yang sentiasa tersalah letak di mana mana Boleh jadi kepunyaannya itu orang, barang atau pun hal hal terlarang.
Tangerin Nikotin Mimi Morticia menghabiskan setengah dari hayatnya mencari kepunyaannya yang sentiasa tersalah letak di mana mana Boleh jadi kepunyaannya itu orang barang atau pun hal hal terlarang

  • Title: Tangerin & Nikotin
  • Author: Mimi Morticia
  • ISBN: 9789834386832
  • Page: 494
  • Format: Paperback
  • 1 thought on “Tangerin & Nikotin”

    1. Saya terlalu menyukai buku ini hinggakan ia sentiasa menemani di dalam beg tangan. Namanya pun buku poket, begitu convenient. Kongsi satu. Dekor -Bahkanfikiran tentang pandangmumelelehkan jantungku.Bayangkan. Bayangkan betapa kau telah merosakkan aku. Sehingga aku tidak lagi sesuai didiami orang lain.

    2. Mimi Morticia aku tidak kenal sebelumnya.Ketika melewati jualan mini selepas berakhirnya persembahan teater Juta-Juta oleh 3 anak muda yang kasihan,aku bertemu dengan buku puisi ini(alangkah bagusnya kalau aku bertemu dengan penulisnya).Ia sangat tepat digambarkan sebagai puisi poket.ia macam menyimpan tuala wanita kecil dalam tas tangan atau menyisipkan sebungkus biskut ke dalam beg galas.puisinya persis seorang pelacur yang obralan mahu cinta,seks dan tuhan.Tidak akan binggung untuk memahamai [...]

    3. Aku beli buku ni atas dasarrandom. Tak kenal siapa, tak pernah dengar di mana, nampak cover terus pesan pada kawan tolong belikan.And ya, aku rasa otak aku dah di brain wash dengan ayat2 dia. mungkin sebab aku seorang yang susah nak fahami bahasa kiasan / puisi yang menggunakan ayat2 tinggi, aku jadi senang dan mudah untuk faham. puisinya yang jujur dan telus ku kira. padat dengan apa dan segala yang tersirat dalam hati seorang perempuan.

    4. ini buku puisi yang paling pantas aku baca, dan ini juga antara buku puisi yang dulunya aku tidak mahu beli,tetapi aku terpengaruh dengan promosi sufian abas di pesta buku selangor. sebenarnya aku bukan baca edisi yang ini, sebaliknya edisi re:tengerin dan nikotin yang mana ada penambahan puisi-puisi. Puisi yang ditulis oleh mimi pada asasnya tidak terlalu berat dan mudah untuk dihadam. Kebanyakkan puisi di dalam buku ini masih berkisar pada kisah wanita terhadap lelaki, yang mana pada pandangan [...]

    5. sebenarnya aku dah lama baca buku ni, tapi tak teringat nak rate. apa pun, puisi-puisi dalam buku ini kadang-kadang tertusuk tepat kat jantung aku. sakit. sakit maksud aku di sini adalah sangat hebat. ah, sendiri pahamlah.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *