Paradoks

Sebuah novel konspirasi, skandal seks, rasuah dalam politik, kepercayaan syirik, fitnah dan falsafah hidup.Ariffin ialah seorang ahli teknokrat berpendapatan tinggi dipilih menjadi ahli Parlimen pada pilihan raya umum yang ketujuh Isterinya,Noraini mengharapkan Ariffin diberi jawatan menteri.Tetapi kedudukan Ariffin tidak berganjak naik berstatus back bencher walaupun menSebuah novel konspirasi, skandal seks, rasuah dalam politik, kepercayaan syirik, fitnah dan falsafah hidup.Ariffin ialah seorang ahli teknokrat berpendapatan tinggi dipilih menjadi ahli Parlimen pada pilihan raya umum yang ketujuh Isterinya,Noraini mengharapkan Ariffin diberi jawatan menteri.Tetapi kedudukan Ariffin tidak berganjak naik berstatus back bencher walaupun menyumbang perkhidmatan yang cemerlang di dalam dan di luar Parlimen Faktor ini akibat daripada fitnah, hasutan dan informasi yang salah disampaikan kepada pucuk pimpinan parti oleh dalang dalang kuasa dalam parti yang iri hati terhadapnya.Kedudukan ini membuatkan Noraini kecewa dan berlakulah konflik rumah tangga Ariffin yang melarat dari semasa ke semasa Ariffin menyaksikan ahli ahli back benhcer yang korup, tidak cemerlang tetap mempunyai kaitan keluarga atau kaitan perniagaan dengan pemimpin atasan akan diangkat naik Yang cemerlang,jujur dan berjasa kepada parti dan negara akan terpinggir.Karya ini mempunyai falsafah kehidupan yang baik untuk direnungi.
Paradoks Sebuah novel konspirasi skandal seks rasuah dalam politik kepercayaan syirik fitnah dan falsafah hidup Ariffin ialah seorang ahli teknokrat berpendapatan tinggi dipilih menjadi ahli Parlimen pada

  • Title: Paradoks
  • Author: Affifudin Omar
  • ISBN: 9789832789499
  • Page: 213
  • Format: Paperback
  • 1 thought on “Paradoks ”

    1. Boleh dikatakan bahawa novel ini sebahagiannya merupakan anekdot perjalanan kehidupan sebenar Dato' Dr. Affifudin Omar semasa menceburi bidang politik (1986-1999).Watak utama, Ariffin bermula sebagai seorang teknokrat, kemudian menjadi orang politik yang ikhlas, meletakkan jawatan dalam parti dan kembali ke dunia korporat.Sewaktu bergelumang dalam arena politik, banyak benar perkara kotor dan buruk yang ditemuinya. Amat menarik sekali, kisah lawan Ariffin tidak datang daripada pihak parti lawan [...]

    2. Pengikut Affifudin Omar mungkin boleh nampak gaya penulisan yang agak sama bagi setiap tulisannya. Mendatar namun tenang.Perlahan namun akhirnya membongkar jalan cerita satu persatu. Penulis berani menonjolkan gaya politik dan kehidupan golongan elit. Tak perlu ragu dengan kandungan dan moral di sebalik cerita. Memang berani mati! Siapa makan cili dia yang terasa pedasnya.

    3. karya fiksyen politik yg baik n bagus.bacanya mmg dpt thu pe dunia politik tu sndiri yg di mana berlaku kt negara kita ni sndirirjuangan ahli politik lama dan baru tidak sama.k penindasan antara sama sendiri.mua paradoks dlm politik negara ditunjukkan satu persatukarya yg hebatdpt kite phm ahli politik yg betul2 patriotik dan tidakterbaekk

    4. Saya semacam membaca diari seorang YB, yang mana perinciannya amatlah menakutkan. Ia berhasil dalam memberi pengajaran kepada pembaca, namun dalam masa yang sama buat saya sedikit kesal kerana ia seakan-akan sama situasi sebenar di dalam negara saya. Sebuah jendela kepada kehidupan elit dan lorong-lorong hitam dilewati para politikus.

    5. gaya bahasa satu nada namun isi yang berat dan menggambarkan realiti sebenar kehidupan para elit. penuh dengan konspirasi seperti Perempuan Politikus Melayu.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *