Perempuan Nan Bercinta

Cari perempuan mulia yang menentang sehingga mati, cari perempuan yang menentang meskipun sudah mati Sejak 1515 dan Tuhan Manusia, Perempuan Nan Bercinta adalah karya Faisal Tehrani yang paling provokatif setakat ini Tidak syak lagi, sejauh ini, suaranya menentang yang cuba mencari kewarasan setiap peristiwa yang sedang berlaku di seputarnya Sasterawan Negara Datuk Cari perempuan mulia yang menentang sehingga mati, cari perempuan yang menentang meskipun sudah mati Sejak 1515 dan Tuhan Manusia, Perempuan Nan Bercinta adalah karya Faisal Tehrani yang paling provokatif setakat ini Tidak syak lagi, sejauh ini, suaranya menentang yang cuba mencari kewarasan setiap peristiwa yang sedang berlaku di seputarnya Sasterawan Negara Datuk Dr A Samad SaidDewan Sastera, November 2002 Faisal Tehrani dengan mutu karya tidak boleh dipersoalkan, seiring dengan kepelbagaian genre diceburi daripada cerpen, novel, drama dan esei, di samping teknik penulisan membanggakan sehingga mampu menarik pengkaji Berita Harian, 18 Jun 2009
Perempuan Nan Bercinta Cari perempuan mulia yang menentang sehingga mati cari perempuan yang menentang meskipun sudah mati Sejak dan Tuhan Manusia Perempuan Nan Bercinta adalah karya Faisal Tehrani yang paling provok

  • Title: Perempuan Nan Bercinta
  • Author: Faisal Tehrani
  • ISBN: 9789830688
  • Page: 280
  • Format: None
  • 1 thought on “Perempuan Nan Bercinta”

    1. Ia menggunakan plot yang mudah tetapi sarat dengan pelbagai isu dari feminisme, Islam liberal, supramazhab, syiah dan sunni, perjuangan Hezbollah di Lubnan menentang Zionisme, haji mabrur dan kebejatan pihak berkuasa Mekah dalam mengurus jemaah haji, dan juga banyak berlingkar tentang ahlul bait dan peristiwa Karbala. Tidak lupa juga pada 4 persoalan Bastian yang menjadi penghalang untuk dia terus memeluk Islam.Bak kata Dr Ali Taqi, nama watak yang sama dalam Tuhan Manusia, "Tidak, saya tidak me [...]

    2. Bismillahirrahmanirrahim.Dengan tajuk yang ringkas tetapi puitis dan ‘asing’, Faisal Tehrani sekali lagi telah berjaya mencuri perhatian para pembaca di luar sana dengan buah tangan terbarunya. Seperti Tengku Idora, saya juga tercari-cari, siapakah Perempuan Nan Bercinta yang dimaksudkan? Berbekalkan pesan dan sauh kata yang diulang-ulang oleh watak 'berhantu' Tengku Melor, sudah pasti rasa ingin tahu seorang pembaca seperti saya ditarik dengan lebih lagi.Pada awal pembacaan, saya sangkakan [...]

    3. inilah buku pertama Faisal Tehrani yang aku habiskan baca. mungkin tidak adil aku terus mengatakan bahwa aku sudah meresap dalam penulisannya. ini bukan konsep cinta pandang pertama, ini konsep pemahaman dan iktibar.Perempuan Nan Bercinta begitu aku kecapi dalam dingin dan rasa membeku. kalau saja aku tidak fikir yang aku sudah melakukan pengorbanan prinsiptual emosional, pasti aku sisipkan bersama buku-buku aku yang lain di rak. tunggu aku tua dan mau libur lalu aku buka kembali. setan lu, Opha [...]

    4. Membaca Perempuan Nan Bercinta (PNB) karya Faisal Tehrani tidak ubah seperti suatu odisi mencari ilmu yang sedikit mengecewakan. Mengecewakan kerana penyudahnya agak antiklimatik dan tergantung (pada hemat aku). Seperti karya-karya Faisal Tehrani yang terdahulu, novel yang menjadikan teras Islam sebagai nadi utama ternyata amat kuat aroma feminismanya. Ada yang memberitahu bahawa PNB ini merupakan kesinambungan daripada Tuhan Manusia dan aku sebenarnya harus membaca yang itu dahulu sebelum menga [...]

    5. Supramazhab. Sebenarnya inilah tema Perempuan Nan Bercinta, bahkan adalah juga mazhab rasmi Faisal Tehrani.Agaknyalah.Novel berat ini sebenarnya merupakan satu bukti bahawa Faisal Tehrani ialah rausyanfikir sejati. Beliau bukan hanya mengutarakan isu, malah turut menawarkan penyelesaiannya. Beliau adalah seorang daripada dua; sama ada Mahdi yang menuangkan ubat (namun dianggap racun oleh sebahagian manusia) ataupun Dajjal yang mencampakkan racun (tetapi dilihat sebagai ubat bagi sebahagian manus [...]

    6. If you read it literally, you’ll probably say he’s propagating Shiah. But if you read it technically, from cover-to-cover, you’ll (probably) say the author is trying to protect the Shiah minority (while still remain a Sunni). The same technique being used by writers Nadine Gordimer (a white Jewish protecting South African) and Joseph Conrad (a white Polish - British criticising the white Westerners). Anyway, Faisal Tehrani is a brave, honest and articulate author. He is not afraid of priso [...]

    7. Membaca Perempuan Nan Bercinta menimbulkan kepuasan pembacaan apabila Faisal Tehrani membawa pembaca tengggelam dalam pelbagai wacana dan perdebatan seputar agama dan Mazhab yang begitu sensitif dalam masyarakat kita. Namun begitu masih banyak lagi persoalan yang ditimbulkan tapi belum terjawab sepenuhnya. Novel ini seperti dijangka menimbullkan pebagai kontroversi dan kritik khususnya oleh agamawan. Oleh itu diharap akan wujudnya perbincangan yang lebih menjurus ke arah peningkatan ilmu dan hik [...]

    8. sukar untuk mencatat tentang buku ini kerana ianya sangat berlainan dengan novel-novel sastera yang pernah kita baca.Isu yang dijadikan wacana juga sangat sensitif buat dunia Melayu dan jarang dibincangkan secara ilmiah dan terbuka.Saya setuju dengan pengarang, ini karya Faisal Tehrani yang paling provokatif, berani dan ambisius.

    9. Seperti yang tertera di belakang sampulnya, ternyata buku Perempuan Nan Bercinta adalah karya Faisal Tehrani yang paling provokatif setakat ini. Saya sendiri telah mengikuti beberapa karyanya yang lain dan tidak dapat dinafikan betapa liuk-lentok sastera tersadur kemas dalam segenap susunan aksara serta gaya bahasa, lantas menjadikan penceritaannya kuat dan makin menarik.Perempuan Nan Bercinta; sangat bertepatan dengan beberapa watak dalam buku ini. Watak utama yang pertama menampilkan Tengku Id [...]

    10. Keseluruhan:Perempuan nan bercinta merupakan karya yang terlalu padat, terlalu sarat terkadang amat menyesakkan. Pembaca harus menyaring dan mengulang baca buku ini. Namun harus diingat bahawa karya ini tetap sahaja sebuah fiksi. Fiksi tetap fiksi. Mungkin ada fakta yang benar di mana kita harus kaji dan mungkin adalah rekaan penulis yang diilhamkan oleh tuhan juga untuk manusia berfikir. Menarik:"Cari perempuan mulia yang menentang sehingga mati, cari perempuan yang menentang meskipun sudah mat [...]

    11. Perempuan Nan Bercinta: Adab Dalam Berkhilaf Pendapat: amuziruidham/2012(Sisi setuju saya mengenai PNB banyak. Tidak perlu untuk saya butirkan mengenainya sementelah sudah ramai yang mengulas pada sudut pandang sisi itu. Maka, artikel ini adalah luahan pada sedikit sisi ketidaksetujuan saya mengenainya.)

    12. There's something exciting about reading a book that has been recently banned by the Home Ministry. If anything, it has heightened interest surrounding Faisal T.'s novel that brings the discourse on Shia Islam to the table.I stumbled upon this book during my research on Shi'ism and even had the opportunity to interview Faisal himself. Having said that, Perempuan Nan Bercinta is more of his essay/thesis on Shi'ism wrapped over a skeleton of a convenient story. In terms of story-telling, Faisal T. [...]

    13. Saya belajar banyak perkara.1. Tentang perjuangan feminisme dan islam liberal juga.2. Tentang perjuangan Hezbollah di Lubnan.3. Tentang mazhab syiah secara khusus dan supra mazhab, mengkaji dan tidak mngikut secara taklid buta4. Tentang Kemasukan islam ke Nusantara. 5. Saya ingin mencontohi perempuan nan bercinta seperti dalam al-quran. Siapa perempuan itu? Siti Hajar, Asiyah, Maryam, Khadijah6. Sesetengah bab, saya bersetuju untuk tidak bersetuju tapi, ia tidak mencacatkan keselurahan buku ters [...]

    14. Nota Penting: Bukan untuk Wahabi, Salafi, Sunnah dan yang seumpamanya.Hanya untuk pencari kebenaran.Kesalahan-kesalahan fakta yang genting dan melibatkan aqidah dalam karya ini.Mana yang sempat tulis buat masa ini.Mukasurat 104 -Pelabelan sukahati: Tasyayyu' Hasan.TIADA Tasyayyu' Hasan dalam Ahlussunnah Waljama'ah.Suka hatiiii saja buat pelabelan, pengarang ini.Mahu sebarkan di sana sini pula tu.Kalau pembaca tak tahu, akan terimaaa sahaja lah dan tolong sebarkan "fakta/konsep" aqidah buatan ini [...]

    15. Hampir semua orang yang aku kenal, baca buku ini - jadi aku mengambil pendekatan, ya, aku kena beli dan baca sendiri selepas membaca ulasan daripada Fadli Al-Akiti, Syaihan Syafiq dan beberapa nama lain. Disebabkan aku takkan dapat mengulas macam mereka yang pakar dalam nahu & bahasa - aku cuma boleh katakan beberapa perkara :1. Sila baca dengan minda terbuka. PNB adalah antara karya Faisal Tehrani yang kontroversi khabarnya (lebih kepada provokatif kalau mengikut kulit belakang). 2. Untuk m [...]

    16. Terdapat beberapa soalan menarik dan menuntut pencernaan serta penaakulan minda yang di ajukan oleh Bastian tetapi gagal dijawab oleh Tengku Idora. Antaranya; i) Bagaimana mungkin Nabi Muhammad boleh diberikan status sebagai nabi akhir zaman sedangkan Nabi Isa alaihissalam dikatakan masih hidup dan akan muncul pada akhir zaman nanti?ii) Mengapakah ibu bapa Nabi Muhammad bukan beragama Islam termasuklah kesemua penjaga-penjaganya iaitu Datuk dan Pakcik nya? Oleh itu, sebagai bukan Islam, Bastian [...]

    17. Faisal Tehrani memang penulis yang superb, mencuba untuk membina jambatan antara fiksyen dengan wacana, cerita dengan fakta dan ilmiah. Barangkali penulis yang mencuba gaya ini masih tidak menyerlah di Malaysia kerana rata-rata pembaca Malaysia masih ralit dengan kisah cinta, unsur-unsur pop, dan majalah fesyen membalut kepala.Buku kali ini jauh lebih baik dari Tuhan Manusia (walaupun ini sequelnya). Pemikiran Faisal kelihatan matang dan luas, menceburi dunia-dunia fikah islam yang kontroversi. [...]

    18. Emosi dan jiwa saya bergelora kencang, hebat mengetahui butir-butir sejarah yang saya tidak pernah tahu, atau mungkin selama ini dirahsiakan oleh pihak tertentu atas alasan yang tertentu. Tetapi karya ini, karya Faisal Tehrani ini telah mengajak saya untuk lebih berfikiran terbuka, lebih toleransi dengan falsafah-falsafah ilmu yang wujud dan berlegar-legar menguliti manusia. Falsafah-falsafah Islami ini ternyata lebih indah, lebih mengujakan daripada falsafah-falsafah Barat. Bagi saya, novel sas [...]

    19. Semahunya saya singkat ulasan ini kepada 1 ayat "Perempuan Nan Bercinta ialah pengakuan Faisal Tehrani."Ini novel buat kita berfikir dan bukan sahaja rajin merujuk sumber-sumber yang disebut. Pertama, pembaca seeloknya telah membaca karyanya terdahulu seperti Tuhan Manusia dan Saasatul Ibaad untuk memahami keindahan teknik pengarangnya. Ada 1 kata kunci, Islam konseptual yang telah beliau jelaskan dalam Saasatul Ibaad (dan beliau menggunakan label ini ke atas Prof. SMN Al-Attas).Hal-hal lain tel [...]

    20. Salah satu novel yang mengajak kita menggunakan akal sebaiknya dan menjadi pemikir dek argumen yang dibawa penulis. Membaca Perempuan Nan Bercinta seperti menyeduh coffee hangat ketika hujan membadai.

    21. Tergamam kerana terlalu banyak tempat yang habis kabur dengan menangis. Masih terlalu kaget untuk mengulas.

    22. Bunga lili 6 kelopak di atas tanah merah yang bercampur hitam masih bersih daripada sebarang kekotoran. Itulah yang menghiasi kulit depan novel ini. Bunga lili yang menjadi simbol kepada perempuan yang menjadi watak utama novel ini.Novel ini pada permulaannya berkisah mengenai perjuang golongan feminisme dalam menuntut hak mereka. Mereka semua berada dalam satu organisasi yang diberi nama 'Modest Women Oriental' atau MWO. Wakil mereka ialah Tengku Idora. Satu lagi organisasi yang wujud ialah Pus [...]

    23. Buku ini punya stigma dalam masyarakat kita kerana telah diharamkan untuk dipasarkan. Aku yang memang peminat tulisan beliau, mujur sudah membelinya sebelum ianya diharamkan. Buku ini membawa beberapa persoalan besar. Pada awalnya, pembaca dihidangkan dengan idea-idea feminisme barat & bagaimana Islam tidak pula menindas malah mengangkat martabat wanita. Pada beberapa bab awal, persoalan seputar isu ini dimainkan agak kerap, diselang selikan dengan teka teki 'perempuan yang menentang'. Ini a [...]

    24. "Jeritan terus merebak, bersipongang dan menyala marak."Tiada ragu lagi, bait terakhir di dalam novel Perempuan Nan Bercinta (PNB), menyimpulkan aura garang yang diadun dengan baik di dalam novel ini.Novel terbaru karangan Faisal Tehrani ini bermula dengan amat menarik. Bermula dengan menayangkan kehidupan Tengku Idora, gadis metropolitan nan liberal merangkap pejuang hak asasi manusia, Faisal Tehrani mengajak pembaca ke dalam kamar pemikiran feminis liberal. Diselang-seli dengan perselisihan an [...]

    25. Antara buku novel wacana Faisal Tehrani yang sarat dengan diskusi, provokasi serta ada mesej-mesej tertentu yang ingin disampaikan. Saya tertarik dengan beberapa prinsip yang dibawa contohnya bagaimana FT menunjukkan Islam itu bersifat feminis dan kita tidak perlu menjunjung feminis tajaan Barat. Juga, saya tertarik dengan idea perbezaan mazhab yang diutarakan. Namun, atas idea ini, saya kurang bersetuju dengan hujah-hujah beliau dalam mempromosi ideologi mazhab yang menjadi inti novel ini.Saya [...]

    26. Selepas karya Hamka, ini adalah karya nusantara terbaik yang pernah saya baca tentang cinta melalui novel. Kedua dua penulis ini mentafsirkan cinta sebagai sesuatu yang tinggi nilainya. Berbeza daripada tanggapan norma masyarakat umum. Saya tidak pasti kenapa buku ini sudah diharamkan, tetapi buku ini berjaya mengangkat golongan minoriti yang ditindas tanpa asas yang kukuh. Malah, peranan wanita ditunjukkan secara berkesan dalam menghidupkan masyarakat, seperti buku bukunya yang lain. Ia mengher [...]

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *