Alien Menchari Chinta

Tingkat tidak membina kota,Tapi kota membina tingkat Dekat tidak membawa cinta,Tapi cinta membawa dekat.
Alien Menchari Chinta Tingkat tidak membina kota Tapi kota membina tingkat Dekat tidak membawa cinta Tapi cinta membawa dekat

  • Title: Alien Menchari Chinta
  • Author: Ramzah Dambul
  • ISBN: 9789830689623
  • Page: 447
  • Format: Paperback
  • 1 thought on “Alien Menchari Chinta”

    1. Sajak-sajak yang sangat komunikatif dalam menyampaikan makna. Saya suka dengan sajak-sajaknya kerana tidak mengada-ngada dan berpura-pura. Diksinya sederhana (oh, saya suka akan kesederhanaan dalam apa-apa sekali pun) tidaklah bombastik dengan perkataan yang hanya sifatnya kosmetik. Penulisnya jujur dan dia tidak memerlukan kata-kata yang dibalut gula-gula. Barangkali disiplin dalam ilmu perdebatan menjadikan sajak-sajaknya padat dan terus kepada isi / kunci sajak pada baris akhir. Dalam setiap [...]

    2. Penguasaan saya dalam pembacaan puisi sangat terhad. Saya sebenarnya "takut" dengan puisi kerana saya kerap mendapat hasil tulisan yang banyak menggunakan perkataan bombastik. Dan selalunya, apa yang "tersirat" juga sukar untuk saya terjemahkan.Lain dengan Alien Mencari Cinta. Perkataan yang digunakan mudah difahami (selain penggunaan bahasa Melayu Sabah dan Dusun). Apa yang mahu disampaikan juga jelas. Tidak semua, tapi puisi-puisi RD dalam buku ini saya faham dengan maksudnya.Saya gemarkan bah [...]

    3. "Sedar atau tidak, kita semua sebenarnya adalah alien. Yang masih lagi mencari cinta di galaksi utopia. Juga. Percayalah, pencarian itu tidak pernah akan berakhir. Kerana tidak ada yang syumul di dunia ini. Kecuali satu. Dia yang Maha Segala." -- ms vii"Datanglah hujanbiar tanah ini basah lagiada rumput sepimahu tumbuhdiam-diama ketika nantikita mesti berhentidari terus menunggumput juga begitubiar hujan turun sendiritanpa dipeduli." -- menunggu hujan, ms 25."pulangkan beraniyang tergantung rapu [...]

    4. Tiada yang terlalu luar biasa tentang AMC tetapi tidak ada yang tidak patut dikagumi tentang seorang penulis puisi, pelukis dudel dan dalam masa yang sama juga seorang ahli klimotologis. Dan, untuk seorang yang mengatakan beliau tidak belajar Bahasa Melayu sehingga di sekolah rendah, hamba merasa perlu kagum pada penulis sebanyak lima kali lipat. :)AMC mungkin sudah menjadi antara buku puisi yang hamba gemari setakat hari ini. Pemilihan dan penggunaan kata yang sederhana tetapi masih, nilai keis [...]

    5. Dapat dirasakan getaran puisinya yang jujur menusuk halus ke sanubari. Aku paling suka Pencinta Sunyi yang diilhamkan buat temannya. Halaman demi halaman turut diserikan dengan dudel unik, juga membawa jenama Rem Dambul yang tersendiri. Terjentik hati mengatakan barangkali romantis orangnya.

    6. Saya suka persembahan buku ini. Sajak berselang-seli lakaran oleh penulisnya. Sajaknya sederhana, berulang dan berirama terasa sedap dibaca.

    7. selepas membaca kumpulan puisi ini saya bayangkan Ramzah Dambul seorang lelaki yang suka bersunyi-sunyi sambil merenung hujan sambil terkenangkan seorang sumandak* sambil berdoodle sambil juga menulis sajak. Saya yakin dia lelaki yang sukakan hujan (sekurang-kurangnya 5-6 buah puisi beliau mempunyai imej hujan, salah sebuah puisinya malah bertajuk Hujan). Seperti hujan, yang dalam keadaan biasa, sangat menenangkan jiwa, begitu juga puisi-puisi Ramzah. Bahasa Melayunya lembut, mengelus-ngelus ras [...]

    8. Untuk puisi-puisi yang memberi kesan, lima bintang bukanlah sesuatu yang berlebihan untuk diberikan.

    9. Himpunan puisi yang entah apa-apa bagi mereka yang tak tahu apa-apa. Nah sekarang buka minda kerana alien sudah pandai bermadah.

    10. Puisi Tuan, Alien Menchari Chinta, yang bahasa mudah tapi deep. Lukisan Tuan dalam buku itu juga terlihat mudah dan lebih deep, lalu sudah habis di baca pada malam itu juga, dari Sabah ke Semenanjung, pramugari menjadi saksi. sempat dia bertanya,"encik mahu order apa apa sambil membaca puisi?, aku geleng kerana puisi tuan ternyata mengenyangkan cinta melankolia,chewahTerima kasih dari Semenanjung.Hamka, kerusi depan keretamayat.

    11. Naskah pemikir puitis yang lain dari yang lain. Memujuk jiwa untuk memahami dan mendekati satu demi satu perkataan untuk terus bercinta. Cewah, Tahniah Dr. Rem! Saya suka benar naskah ini.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *