1 thought on “Ayam Patah Kepak”

  1. Bacaan bermanfaat dan penuh pengisian.Ayam Patah Kepak menghimpunkan 13 buah cerpen yang mengetengahkan isu perjuangan jati diri sebagai islam. Hampir kesemua cerpen yang dinukilkan memberi kesedaran kepada kita bahawa "Matlamat Tidak Pernah Menghalalkan Cara". Perjuangkanlah apa pun, tapi jangan sampai membelakangkan agama.Adiba Seorang UltramanBebas HIV/AIDS dan ketagihan dadah bukanlah syarat utama menjadi ibu. Seorang ibu akan tetap menjadi seorang ibu.Ayam Patah KepakBagaimana mungkin kita [...]

  2. Saya teringat dengan tips daripada Faisal Tehrani dalam bukunya Karya Nan Indah, kuatnya sesuatu cerpen itu dengan meletakkan agama, politik, sejarah serta persoalan sosial sebagai subjeknya. Dengan keluasan ilmu pengetahuan penulis, cerpen-cerpen yang ditukanginya sedap dibaca dan memberikan pembaca sesuatu ilmu yang baharu pabila kita dibawa masuk ke dalam dunia fiksyen yang bersadur dengan permasalahan-permasalahan realiti yang semakin berleluasa; berlaku di sekeliling kita.

  3. Imej silhouette seorang lelaki dengan destar tradisi Ayam Patah Kepak di kepala yang melatari muka depan Kumpulan Cerpen Ayam Patah Kepak, seolah-olah awal-awal lagi mengingatkan pembaca bahawa naskhah ini mewakili tiga perkara; kemanusiaan, jati diri Melayu-Islam dan sejarah. Ketiga-tiga unsur ini diadun sempurna menerusi 13 buah cerpen dengan pelbagi tema yang dihimpunkan dalam kumpulan cerpen ini.Pengarang naskhah ini, Hafizah Iszahanid, dengan bijaksana memanfaatkan rangsangan yang dekat den [...]

  4. Benarlah, semua orang pun boleh menulis, semua orang pun boleh membuat cerita, boleh menggarap naratif dengan baik. Tetapi tidak semua tulisan bisa meninggalkan kesan, mampu memberi pelajaran.Ini antara buku yang sangat baik bagi saya. Membaca cerpen beliau segera mengingatkans aya kepada cerpen-cerpen tulisan Rebecca Ilham, pun begitu beliau jelas mempunyai kelainannya tersendiri. Beliau menggarap kesemua cerpen dengan jalan cerita yang kemas dan baik, tetapi kesan akhir yang selalu merungsingk [...]

  5. saya membelinya setelah membaca kehebatan penulis yang banyak merangkul hadiah-hadiah besar. Ternyata saya tidak salah kerana setiap cerpennya ada nilai tersendiri dengan banyak kejutan dalam penceritaan. bahasanya indah dan tidak membebankan pembaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *