Ulama' dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan

Isi kandungan 1 Menelusuri Sejarah Penjajahan Kuasa Barat2 Islam Sebagai Penyuntik Energi Perjuangan Kemerdekaan3 Perjuangan Ulama Menentang Penjajah Indonesia Acheh Libya Algeria India Mesir Palestin Iraq Sudan Pattani4 Strategi Penjajah Barat Melemahkan Perjuangan Umat Islam5 Melayu Sebuah Tamadun Yang Di jajah6 Menongkah Penjajah Ulama Dalam Jihad KeIsi kandungan 1 Menelusuri Sejarah Penjajahan Kuasa Barat2 Islam Sebagai Penyuntik Energi Perjuangan Kemerdekaan3 Perjuangan Ulama Menentang Penjajah Indonesia Acheh Libya Algeria India Mesir Palestin Iraq Sudan Pattani4 Strategi Penjajah Barat Melemahkan Perjuangan Umat Islam5 Melayu Sebuah Tamadun Yang Di jajah6 Menongkah Penjajah Ulama Dalam Jihad Kemerdekaan7 Gerakan Kemerdekaan Berpusat di Mekah8 Sheikh Ahmad Muhammad Zain Bapa kemerdekaan Melayu9 Kebangkitan Jihad Ulama ke atas British10 Gerakan Ulama Reformis11 Dr Burhanuddin dan Ulama Zaman Jepun.12 Ulama mengasaskan Partai Politik13 Ulama menyusup dalam Umno14 PAS Manifestasi Gerakan Ulama ke arah kemerdekaanUlasan Penerbit Kemerdekaan adalah nikmat paling tuntas yang dianugerahkan oleh Ilahi kepada setiap mahluk kerana secara dasarnya setiap kita dilahirkan untuk menghirup udara segar kemerdekaan, tidak dipasung akal dan jasad, serta tidak memperhambakan diri kepada mahluk selain daripada Allah Kemerdekaan adalah amanah yang perlu dipertahankan kerana penjajahan mampu berulang malah boleh menyerkap manusia dengan penjajahan dalam versi baru tanpa kira sedari.Buku ini adalah pendokumentasi sejarah para alim ulama yang memikul beban amanah yang ditinggalkan oleh Rasul SAW, untuk meninggikan Islam di atas semua kepercayaan dalam menggalas perjuangan menentang Penjajah samda Barat atau Timur Penjajahan Barat yang penuh dengan palitan noda hitam yang bernuansakan penyebaran agama Kristian tidak dibiarkan percuma oleh para alim ulama di setiap inci bumi umat Islam, mereka telah bangkit dengan gagah meniupkan api perjuangan kepada ummat yang sedang lena diulit mimpi Ulama ini dengan anugerah ilmu telah mencetuskan kesedaran untuk membebaskan diri daripada penjajah jauh lebih awal daripada kelompok nasionalis sekular yang telah menculik buah kemenangan, malah hari ini mandabik dada dengan seluruh kepungan media bahawa merekalah pembebas tanahair daripada belenggu penjajah.Sebahagian ulama ini telah menjadi korban penjajah samada syahid ditali gantung seperti Sheikh Umar Mukhtar atau dipaksa mendekam dipenjara tanpa pembicaraan seperti Ustaz Abu Bakar Al Baqir, juga dibuang negeri seperti Imam Diponegoro, Uthman Den Fodio, Tuan Guru Abdul Rahman Limbong Hari ini paparan sejarah di skrin televisyen telah memadamkan kebaktian mereka dan generasi muda dipaksa menerima versi sejarah baru bahawa kemerdekaan telah diperjuangkan oleh golongan elit sekular yang sememangnya menjadi anak suruhan penjajah.Hasrat murni kami ialah supaya generasi muda menekuni kembali sejarah getir perjuangan kemerdekaan yang telah banyak diselewengkan, bahkan juga kita tidak mampu memadamkan pahatan sejarah kelompok aliran kiri yang turut berjuang menentang imperialisme di seluruh dunia Penerbit mengharapkan buku ini akan menambahkan kepustakaan maklumat berkaitan dengan kemerdekaan yang dirintis oleh alim ulama.
Ulama dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan Isi kandungan Menelusuri Sejarah Penjajahan Kuasa Barat Islam Sebagai Penyuntik Energi Perjuangan Kemerdekaan Perjuangan Ulama Menentang Penjajah Indonesia Acheh Libya Algeria India Mesir Palestin

  • Title: Ulama' dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan
  • Author: Riduan Mohamad Nor Mohd Fadli Ghani
  • ISBN: 9789834305529
  • Page: 142
  • Format: Paperback
  • 1 thought on “Ulama' dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan ”

    1. Amat perlu untuk dibaca. Sekurangnya, buku ini mampu memberitakan gambaran sebenar sejarah para ulama dalam perjuangan kemerdekaan dan sejarah benar yang berlaku di kepulauan Melayu. Sejarah yang diajar di sekolah-sekolah sekarang kebanyakannya merupakan sejarah olahan orientalis Barat lantas memberikan gambaran yang songsang terhadap sejarah yang sebenarnya. Walaupun buku ini masih tidak mampu memurnikan keseluruhan sejarah yang seleweng, sekurangnya ia satu koreksi yang sangat baik!

    2. Buku yang amat baik untuk memahami kemerdekaan dari aspek yang lebih mengesankan. Peranan ulama' dalam perjuangan kemerdekaan jarang diangkat dalam lipatan sejarah, maka generasi kini kurang keyakinan pada meletakkan golongan ulama' dalam kepimpinan. Justeru, timbullah pernyataan, "Ulama' buat kerja ulama', jangan cuba nak jadi pemimpin!" Sememangnya bukan semua ulama' layak bergelar pemimpin tetapi jangan menafikan hak ulama' yang layak untuk memimpin.

    3. Rugi. Rugi gila ! Rugi tak Baca buku nih, Pengisian2 yg rare. tapi rugi juga sebab gaya penulisan yang digunakan adalah tawar. rugi sebab buku ni nipis bagi genre sebegini. rugi sebab buku ni ada berjuta potensi. arghhtension aku. rugi, rugi

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *