Seindah Derita

Sesekali, bukan tidak dikutip cebisan cebisan silam malah ada kalanya menjentik jentik ruang fikir Sejarah dipermainkandainya itu sekadar untuk mematangkanterima kasih kerana berjaya membentuk Hardina yang hari ini Hardina yang sedar diri Hardina yang tidak mudah lupa diri.
Seindah Derita Sesekali bukan tidak dikutip cebisan cebisan silam malah ada kalanya menjentik jentik ruang fikir Sejarah dipermainkandainya itu sekadar untuk mematangkanterima kasih kerana berjaya membentuk Hardina

  • Title: Seindah Derita
  • Author: Norhayati Berahim
  • ISBN: 9789838934671
  • Page: 279
  • Format: None
  • 1 thought on “Seindah Derita”

    1. Aku pernah kehilangan novel ini dan waktu tu aku sangat sedih hinggakan pernah berkata yang aku tak akan bagi sesiapa pinjam lagi novel-novelku hahaha Sungguh, kerana masa itu aku masih bergelar pelajar dan untuk mendapatkan sesebuah novel aku kena ikat perut. Malah novel ini aku beli di Pasar Seni dan kedai itu pun sudah tiada di sana. Jadi ia punya nilai sentimen yang amat tinggi. Namun siapa sangka jodohku bertemu lagi dengan SI dan kali ini aku tekad untuk menjaganya sebaik mungkin ;DCerita [...]

    2. Siapa yang dapat jangkakan, perkenalan kedua-dua mak bapa Hardina(Har) dan Doktor Johari di Mekah akan membuka semula kisah cinta mereka di zaman persekolahan. Percintaan mereka terputus dek kenakalan Johan sendiri yang menerima cabaran dari temannya Badrul dan Rasul untuk mempermainkan perasaan Hardina. Tapi malangnya bukan Har seorang sahaja yang kecewa. Johan sendiri patah hati dan rasa bersalah itu terbawa-bawa sehingga kini. Namun Hardina tidak keseorangan kerana dia mempunyai sahabat yang [...]

    3. Menangislah supaya aku mengetahui yang kau benar-benar sayangkan aku! m/s 100i) Ternyata aku SUKAKAN karya2 NB keluaran CESB. ii) Ditambah lagi naskah asal ini hasil kebaikan seorang sahabat yang sudi meminjamkan novel kesayangannya kepada seorang sahabat lagi yang x pernah bersua muka berkenal rupa harap berjumpa di alam maya sahaja.iii) Dr. Johan pasti mengepalai gerombolan 'penjenayah2 cinta' di dalam lokap. Mentang2 lah dia seorang doktor, ambil kesempatan membelek dan mencium si buah hati [...]

    4. Johan telah melukakan hati Hardina kerana dia dicabar oleh rakan sekolahnya walaupun dia sangat menyukai Hardina. Setelah bertahun, barulah dia dapat ketemu Hardina kembali dan hatinya semakin terpaut dengan Hardina. Tetapi pada masa yang sama, ibu-bapanya mahu menjodohkan dia dengan Diana, anak kenalan mereka. Johan terus menalifon Diana dan meminta Diana supaya turut menolak usul keluarga mereka. Tanpa dia sedari, Diana dan Hardina itu adalah orang yang sama. Setelah mereka bertemu, Johan meny [...]

    5. Har amat rapat dengan Imah yand menderita leukimia hanya selepas beberapa tahun berkahwin dengan Imran yang sepatutnya menjadi milik Har. Dahlia si guru sekolahmenengah yang ceria dan becok pula dah jadi sahabat karib Har sejak di bangku sekolah. Johan diminati waktu sekolah menengah namun kelihatannya dia bertepuk sebelah tangan. Menjelang umur tiga puluhan Har masih belum berkahwin. Apa sebabnya ya. Pada hal Har cantik, baik hati, cergas dan cerdas hingga pernah wakili Malaysia dalam pertandin [...]

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *